Aku sering tertanya-tanya.. Antara kata-kata dan perbuatan..
Manakah satu yang lebih boleh dipercaya..
Lelaki dan hatinya..
Apakah yang menjadi cerminan jiwanya?
Gerak laku atau tutur bicaranya?
Lelaki dan hatinya..
Mengapa tega untuk meluah bicara
Tanpa memikirkan kesan dijiwa..
Hatiku..
Harga diriku..
Maruah aku..
Mengapa itu yang kau jadikan senda?
Aku tak tahu apa yang kau mahu..
Makin aku lari..
Makin kau mendekati..
Lalu hatiku bagai sengaja kau sakiti..
Lelaki dan hatinya..
Sungguh aku tak mengerti..
Apakah ertinya..




