Hola semua...
Rasanya sudah lama Lea tak update blog ni kan. Selalunya Lea update blog gemersik dan kalam coretan je. Blog ni dah macam terpinggir pulak jadinya...
Apapun, hari ni Lea nak kongsi qoute yang telah lama Lea kumpul sejak Lea sekolah lagi. Hari ini Lea mulakan dengan Quote oleh novelis terkenal, Norhayati Berahim.
Cinta adalah universal.
Cinta ada di mana-mana ruang di dunia ini. Dalam mengharungi cinta, terdapat pelbagai adunan perasaan. Cemburu, bimbang, gembira dan sedih. Cinta sebenarnya mengajar kita menjadi seorang yang tabah bila kita kesakitan kerananya dan cinta juga membuat kita bahagia apabila kita gembira dengannya.
Cinta merupakan suatu perasaan yang lengkap. Tanpa cinta manusia akan jadi buta hatinya. Cinta mungkin datang sekali dalam hidup atau juga mungkin berkali-kali. Terpulanglah bagaimana kita menikmatinya. Paling penting kejujuran kita dan juga perasaan ikhlas terhadap orang yang kita cinta.
Norhayati Berahim
Cinta Pertama; 2004
Tuesday, June 30, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)