Monday, August 10, 2009

Koleksi Tulisan Dolu-Dolu: Erti Persahabatan

Di kamar sepi itu
Betapa pilunya hatiku
Saat sahabatku melirik sinis padaku
Sedih pilu rasa hatiku
Bila kau jeling dan mencurigaiku

Wahai sahabatku
Tahukah kamu?
Betapa penting kalian padaku
Lirikan matamu
Kejelikan dan kedinginan layananmu
Merobek hatiku

Aku rasa dibenci
Akur rasa tidak diingini
Sungguh! Wahai sahabatku
Aku inginkan kehangatan masa lalu
Saat kau tersenyum padaku
Meleteri dan memarahi diriku
Itu tanda kau menyayangiku

Memang benar
Adakalanya aku juga mencurigaimu
Aku juga marah dan rajuk terhadapmu
Namun
Rajukku kucampak tepi
Marah hatiku kubiar sepi
Semuanya keranamu wahai sahabat
Segala curigaku tak kekal lama
Kerna ia menjeruk hati
Menjerat rasa
Meronta-ronta inginkan kemaafan dirimu

Wahai sahabatku
Tidakkah kau mengerti
Erti persahabatan ini

LeaQistina (2005)

8 comments:

Org Ganu said...

salam Lea..
sjak nie cukup menyentuh perasaan..
sy pernah merasa ble ditinggalkan best friend..betapa sakitnya hati ble tahu diorg tikam sy dari belakang
Rasa cam x caya kawan yg kte percaya selama ni sanggup mengkhianati kte..
Tapi peristiwa tu menyedrkn sy ttg satu perkara..
Kalau kita cintakan manusia, kita akan binasa..Tapi..
Kalau kita cintakan Allah, kita akan bahagia..
So sama-samalah amik iktibar dari kisah sy..jgn terlalu mengharapkan manusia, taruhlah harapan pada yg Esa..insyaAllah kita akan senang di dunia dan akhirat..

LeaQistina said...

Salam Org Ganu,

sebenarnya inilah yang dinamakan lumrah kehidupan. Lea setuju dengan nasihat yang Org Ganu berikan. marilah kita sama-sama belajar daripada sesuatu yang bernama sejarah. Segala yang baik jadikan kebiasaan tetapi segala kelemahan itu perbaikilah atau jadikanlah sempadan.

terima kasih Lea ucapkan sebab sudi baca catatan lama Lea ini. :D

ixora_us said...

assalammualaikum.
hi..lea
coretan lea menyentuh perasan dn mengingatkan sy tentang seseorg..
seseorg yg terlalu disygi..tp antara sy dan dia tetap ada jurang pemisah iaitu rasa curiga dan iri hati.
mmg sukar utk hindari perasaan itu. apapun..semua tu telah berlalu.
tapi dalam persahabatan..kita kena jujur dan ikhlas..
barulah ada keharmonian dalam perhubungan

LeaQistina said...

Wslm ixora,
hai... ternyata pengalaman Lea ini turut pernah dialami oleh segilintir rakan-rakan di sini. Lea setuju dengan pendapat ixora. Dalam membina dan meniti perhubungan di dalam kehidupan, jujur, ikhlas dan saling menyokong antara satu sama lain adalah tunggak utama. Jika tiada keikhalasan dan kejujuran, malah diselitkan pula dengan rasa iri hati dan cemburu, sudah pasti perhubungan itu akan berantakan jua akhirnya. Wallahu'alam. Semoga titian persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan dan dipelihara oleh-Nya. Inysaallah. Amin.

LeaQistina said...

Wslm ixora,
hai... ternyata pengalaman Lea ini turut pernah dialami oleh segilintir rakan-rakan di sini. Lea setuju dengan pendapat ixora. Dalam membina dan meniti perhubungan di dalam kehidupan, jujur, ikhlas dan saling menyokong antara satu sama lain adalah tunggak utama. Jika tiada keikhalasan dan kejujuran, malah diselitkan pula dengan rasa iri hati dan cemburu, sudah pasti perhubungan itu akan berantakan jua akhirnya. Wallahu'alam. Semoga titian persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan dan dipelihara oleh-Nya. Inysaallah. Amin.

-Ain-Dak In- said...

salam....
menarik sajak ni...
penuh makna..
tiba2 ain teringat dekat sal..
hmmm....

lea..
lea..lea..
semoga ALLAH merahmati persahbatan kita..

lea,jangan terus hilang.
wake up.
lama ain tunggu lea kembali...

hope lea bahagia dengan kehidupan lea.jangan stress lagi ya..
belajar rajin2...

--peace--

FahdRazy said...

Salam kunjungan

Teruskan menulis

LeaQistina said...

@ ain: amin. Lea juga mendoakan supaya persahabatan kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya.. Insyaallah...

@ FahdRazy: terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini. Insyaallah =)