Friday, January 23, 2009

Lelaki dan Hatinya...

Aku sering tertanya-tanya..

Antara kata-kata dan perbuatan..

Manakah satu yang lebih boleh dipercaya..

Lelaki dan hatinya..

Apakah yang menjadi cerminan jiwanya?

Gerak laku atau tutur bicaranya?

Lelaki dan hatinya..

Mengapa tega untuk meluah bicara

Tanpa memikirkan kesan dijiwa..

Hatiku..

Harga diriku..

Maruah aku..

Mengapa itu yang kau jadikan senda?

Aku tak tahu apa yang kau mahu..

Makin aku lari..

Makin kau mendekati..

Lalu hatiku bagai sengaja kau sakiti..

Lelaki dan hatinya..

Sungguh aku tak mengerti..

Apakah ertinya..

Thursday, January 15, 2009

Suatu kehilangan

Dicelahan rasa gembira
Aku terasa akan kehilangan
Walau aku dan dia bukan sentiasa bersama
Namun pemergiannya benar-benar membuat aku terasa

Dup!! hakiku berdenyut
Tatkala detik pertama berita itu singga di telinga
Kala mulut tersiat senyuman
Kala bibir menyata kegirangan
Namun bocor jua dek tubir mataku

Hatiku mula dipagut sayu
Sendu mula hadir menderu-deru
Lalu basah kembali tubir mataku
Makin ku sapu makin menderu

Tangisan ini tangisan syahdu
Tangisan ini tanda syukurku
Dan.. tangisan ini..
Tanda kehilanganku..