Thursday, May 14, 2009

Roda Memoriku

Roda memoriku berputar lagi
Roda itu bergolek-golek
Melalui jalan-jalan lama
Lorong-lorong yang sarat dengan rasa
Liku-liku yang berkerikil
Serta susur simpang yang pernah menjemput bingung datang menyinggah

Aku langut menadah langit
Memerhatikan warna kelam malam
Cerahnya mentari
Gebunya kepulan awan
Sirnanya alam tatkala mendung
Dan redup alam yang sedam dipandang
Segalanya kelihatan sama
Sungguhpun roda memori ini terus berlalu
Bergolek-golek sendiri tanpa arah dan haluan
Tanpa pemacu dan juga arahan
Terus melalui susur-susur kenangan nan lalu

Aku terus menyusurinya
Semakin lama semakin jauh ke dalam
Cuba mengingati lopak serta lubang
Yang pernah menjadikan kakiku mangsa
Terpelecok kernanya
Cuba mengingati rasa itu
Cuba menyelami rasa peritnya
Serta menghitung titis mutiara yang luruh akibatnya
Dengan harapan
Lubang itu tidak akan dilewati oleh kakiku lagi
Cukuplah hanya sekali
Aku tak mahu terjatuh lagi

Thursday, April 2, 2009

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Sumber asal, sila klik di sini.

Thursday, March 5, 2009

Duhai Lelaki (Satu peringatan!)

Salam semua, n3 ini Lea dapat dari buletin di tagged yang telah dipos oleh seorang teman yang menggelarkan dirinya kotkuntaw. Lea sangat tertarik dengan isi n3 ini. Semoga kita sama-sama dapat manfat daripadanya. Insyaallah!

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


So, wahai anak-anak, wahai isteri-isteri yang berada di luar sana. Andai benar kita menyayangi insan yang bergelar ayah dan suami ini, fikir-fikirkanlah sama ada perbuatan kita selama ini adakah benar-benar membuktikan bahawa kita kasih dan sayang kepada mereka?

Thursday, February 26, 2009

Cinta dan Air mata

Hai semua.. hm.. again.. Lea dapat ayat ni secara spontan semasa Lea komen kat karya seorang teman.. hehe.. jom kita kongsi sket ek..

Ketawa dan air mata, itulah yang dinamakan cinta,
Menangis kernanya adalah kerna hati kita terikat sama,
Usah dikeluh duka kernanya,
Usah diungkit luka kernanya,
Tapi ulanglah sebut bahagia kernanya,
Kerna pasti subur hati kita,
Dengan bunga-bunga cinta...

Hmm.. korang rasa betul ke?

Friday, February 13, 2009

Cinta

Salam semua.. actually ayat ni lea spontan lea tulis semasa Lea menulis komen dalam blog seorang teman bagi satu episod novelnya.. hehe.. so saja jek Lea nak abadikan ayat lea tu kat sini.. hurm.. bacalah.. kalau tak faham tu sorry la ek.. hehe..

Cinta sering membuatkan insan lupa,
Cinta sering membuatkan insan alpa,
Cinta sering menjadikan manusia tamak,
Cinta sering menjadikan manusia lalai akan qada' dan qadar Tuhan,

Dan kenapa masih insan memerlukan cinta,
insan masih mengharapkan cinta,
insan masih mendambakan cinta.

Ini semua kerana ia adalah fitrah manusia,
Namun 'fitrah' bukan tiket untuk manusia menjadi alpa, tamak dan lupa akan takdir Tuhanmu,
Semuanya adalah disebabkan oleh kita, manusia itu sendiri..

erm.. leh faham ke? (keh.. keh.. keh.. sabo jelah ek!)