Monday, August 10, 2009

Koleksi Tulisan Dolu-Dolu: Erti Persahabatan

Di kamar sepi itu
Betapa pilunya hatiku
Saat sahabatku melirik sinis padaku
Sedih pilu rasa hatiku
Bila kau jeling dan mencurigaiku

Wahai sahabatku
Tahukah kamu?
Betapa penting kalian padaku
Lirikan matamu
Kejelikan dan kedinginan layananmu
Merobek hatiku

Aku rasa dibenci
Akur rasa tidak diingini
Sungguh! Wahai sahabatku
Aku inginkan kehangatan masa lalu
Saat kau tersenyum padaku
Meleteri dan memarahi diriku
Itu tanda kau menyayangiku

Memang benar
Adakalanya aku juga mencurigaimu
Aku juga marah dan rajuk terhadapmu
Namun
Rajukku kucampak tepi
Marah hatiku kubiar sepi
Semuanya keranamu wahai sahabat
Segala curigaku tak kekal lama
Kerna ia menjeruk hati
Menjerat rasa
Meronta-ronta inginkan kemaafan dirimu

Wahai sahabatku
Tidakkah kau mengerti
Erti persahabatan ini

LeaQistina (2005)

Koleksi Tulisan Dolu-Dolu: Pintaku

Pintaku
Biarkanlah putik itu terus mekar
Bunga itu kekal harumnya

Pintaku
Biar bulan terus mengambang
Menyinari gelap malam
Menyingkir mendung di hati
Menghapus kabus di wajah

Pintaku
Luruskanlah jalan berliku
Buangkanlah duri dari jalanan
Agar mudah, agar senang
Derap kaki tidak tergelincir
Langkah kaki tidak terpesong

Pintaku
Tetapkanlah hatiku
Kuatkanlah azamku
Aku menadah kepada-Mu
Gerimis di mata
Menangis di hati
Inilah ketentuan-Mu Ilahi

LeaQistina
14 1855 Disember 2004 (KMPP)

Edisi Cinta: Manera Muhammad (2)

Usah disimpan bara di dalam hati. Kelak ia akan memakan diri sendiri. Usah disimpan kenangan di hati kerana ia membawa mati.

Cinta bukanlah satu permainan. Bila gembira ia membuat insan bahagia. Bila kecewa diri sendiri merana. Kerna itulah percaturan hidup. Yang jujur bahagia menanti. Yang berdusta memakan diri.

Manera Muhammad
Novel Bidadari Cinta (2004)

Edisi Cinta: Manera Muhammad

Cinta yang dilahirkan dengan paksaan tidak akan menemui kebahagiaan. Sebaliknya ia akan memamah diri hingga menjadi tulang-temulang yang tidak berguna.

Manera Muhammad
Novel Bidadari Cinta (2004)

Tuesday, June 30, 2009

Edisi Cinta : Norhayati Berahim

Hola semua...

Rasanya sudah lama Lea tak update blog ni kan. Selalunya Lea update blog gemersik dan kalam coretan je. Blog ni dah macam terpinggir pulak jadinya...

Apapun, hari ni Lea nak kongsi qoute yang telah lama Lea kumpul sejak Lea sekolah lagi. Hari ini Lea mulakan dengan Quote oleh novelis terkenal, Norhayati Berahim.

Cinta adalah universal.

Cinta ada di mana-mana ruang di dunia ini. Dalam mengharungi cinta, terdapat pelbagai adunan perasaan. Cemburu, bimbang, gembira dan sedih. Cinta sebenarnya mengajar kita menjadi seorang yang tabah bila kita kesakitan kerananya dan cinta juga membuat kita bahagia apabila kita gembira dengannya.

Cinta merupakan suatu perasaan yang lengkap. Tanpa cinta manusia akan jadi buta hatinya. Cinta mungkin datang sekali dalam hidup atau juga mungkin berkali-kali. Terpulanglah bagaimana kita menikmatinya. Paling penting kejujuran kita dan juga perasaan ikhlas terhadap orang yang kita cinta.

Norhayati Berahim
Cinta Pertama; 2004