Roda memoriku berputar lagi
Roda itu bergolek-golek
Melalui jalan-jalan lama
Lorong-lorong yang sarat dengan rasa
Liku-liku yang berkerikil
Serta susur simpang yang pernah menjemput bingung datang menyinggah
Aku langut menadah langit
Memerhatikan warna kelam malam
Cerahnya mentari
Gebunya kepulan awan
Sirnanya alam tatkala mendung
Dan redup alam yang sedam dipandang
Segalanya kelihatan sama
Sungguhpun roda memori ini terus berlalu
Bergolek-golek sendiri tanpa arah dan haluan
Tanpa pemacu dan juga arahan
Terus melalui susur-susur kenangan nan lalu
Aku terus menyusurinya
Semakin lama semakin jauh ke dalam
Cuba mengingati lopak serta lubang
Yang pernah menjadikan kakiku mangsa
Terpelecok kernanya
Cuba mengingati rasa itu
Cuba menyelami rasa peritnya
Serta menghitung titis mutiara yang luruh akibatnya
Dengan harapan
Lubang itu tidak akan dilewati oleh kakiku lagi
Cukuplah hanya sekali
Aku tak mahu terjatuh lagi
Thursday, May 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wani... sori..ain x paham la....
leh terang kan x??
ahh..
maafkan daku yg naif ini..
huhuhu...
usah dikenang masa lampau, tutup lubang n lopak yg penah membuat kakimu tergelincir, buang segala sakit n perit. bangkit dan berusaha untuk ubati segala kesakitan lampau... bangun dengan gagah wahai lea..
cehh.. mcm yea je kan.. simpan je la lea memori lama, x yah dikenang lagi dikenang lagi sakit kita dbuatnya.. simpan n kunci usah dibuka lagi..
Post a Comment