Tuesday, November 4, 2008

Kehidupan

Setiap kali kecewa datang, insan lebih mudah jadi lemah sendiri. Saat itu, kita sering merasakan bahawa kita adalah insan yang paling malang di dunia ini. Kadang-kala ia akan terbawa-bawa sehingga kita mempersoalkan 'hak' Allah yang maha Esa dalam menentukan kehidupan insan.

Dan, tatkala kecewa itu menguasai insan. Jarang-jarang kita cuba untuk bangkit dari kecewa itu. Tetapi kita lebih suka membiarkan diri kita hanyut dan tenggelam dalam mainan perasaan yang tidak bertepi.

Lea teringat satu kata-kata yang Lea tidak ingat entah dari mana. Mungkin dari buletin atau mesej yang dihantar oleh rakan. Katanya, "Setiap kali ada satu pintu tertutup, insan cenderung untuk terus leka meratapi dan menanti pintu tersebut untuk terbuka kembali tanpa menyedari bahawa ada pintu lain yang sedang terbuka dan menanti. Sehinggalah akhirnya, pintu itu jua tutup kembali... Maka insan akan rugi"

Ingatlah bahawa peluang yang baik itu hanya datang sekali. Andai sekali ia berlalu pergi maka ita tidak akan kembali lagi. Menyesallah insan atas kebodohannya sendiri.

Berikut merupakan sebuah lagu dendangan dari kumpulan nasyid terkenal tanah air - Inteam yang bertajuk Kehidupan. Melalui lagu tersebut, dapatlah kita sedari bahawa kecewa dan bahagia itu sering datang dan pergi. Oleh itu tidak perlulah kita terlalu menangisi kecewa diri hingga lupa, kecewa itu pasti berganti bahagia jua kelak nanti..

Oleh itu, sama-samalah kita menghayatinya..

Kehidupan ~ Inteam

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah
Ada kesenangan

Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan
Untuk kebaikan
Sebelum segalanya
Terlepas dari genggaman

Kelak menyesal nanti
Tak berkesudahan
Apa guna sesalan
Hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita
Akan berpanjangan
Kelak akan membawa
Putus asa pada Tuhan

Ingatlah biasanya kabus
Tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu
Pasti cerah kembali

Ujian adalah
Tarbiyah dari Allah
Adakah kita akan sabar
Ataupun sebaliknya...

Kesenangan yang datang
Selepas kesusahan
Semuanya adalah
Nikmat dari Tuhan

Sedarlah.. Bangkitlah..

Sesungguhnya, Allah menjadikan kecewa itu sebagai imunisasi jiwa insan. Supaya kita makin kuat dan makin tabah. Oleh itu, berprasangka baiklah kita pada takdir Allah yang maha Esa. Kerna hanya dia yang maha Mengetahui segalanya. Apa yang terbaik buat kita. Hanya dia yang mengetahuinya...

Lea sedar, meluahkan kata-kata adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan melakukakannya. Maka, sama-samalah kita cuba untuk mendidik jiwa supaya redha pada percaturan-Nya.

Jangan difikir derita

Akan berpanjangan
Kelak akan membawa
Putus asa pada Tuhan

Ingatlah biasanya kabus
Tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu
Pasti cerah kembali

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.. Allahu Akbar.. !

No comments: