Sunday, November 16, 2008

Kisah Taubat

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin berjumpa pendita untu meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia peluang untuk bertaubat. pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.

Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Dia menceritakan bahwa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya? Ulama itu menerangkan bahawa dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya ulama tersebut menyuruhnya pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan orang abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat. lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang telah diterangkan oleh ulama tadi.

Sebaik sahaja sampai separuh perjalanan, dia terjatuh sakit lalu meninggal dunia. Ketia itu terjadilah perbalahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran azamnya untuk bertaubat, sementara Malaikat Azab mengatakan lelaki itu mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka berdua saling berebut dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.

Allah S.W.T kemudaiannya menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dia tuju atau lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak?

Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, maka roh lelaki itu adalah kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarah ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oelh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.

Oleh itu, marilah sama-sama kita renungi betapa besarnya kuasa pengampunan Allah itu. Sesungguhnya, setiap kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan di atas muka bumi ini ada balasannya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

--------------------------------------------------------------------------

Lea dapat kisah ini daripada buletin An-Nasihah.. Keluaran 1 (Semester 2) Biro Penerangan dan Penerbitan 04/05 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang bertarikh 23-30 Ramadhan 1425H dibawah penyelenggaraan Exco Kerohanian JPP, KMPP. Sama-samalah kita menghayatinya..

Semoga kita dapat sesuatu daripadanya.. Insyaallah..

1 comment:

Anonymous said...

memang besar kuasa pengampunan dari Allah.. cuma kita je yang selalu leka dan memperlekehkannya...

cuba kita renungkan selalunya kita sbg manusia hanya suka buat 'taubat sambal belacan' hilang pedas kita makan lagi..

sedangkan kita disuruh bertaubat dengan betul2 taubat - taubat nasuha

sama2lah kita berdoa dihindarkan dr segala kemungkaran dan mendapat kedhaan serta keberkatan dariNYA.. amin..amin..amin..