Friday, November 7, 2008

Hadiah dari sebuah persahabatan

Hai kengkawan semua.. hehe.. semalam.. Lea dapat hadiah e-Cards daripada Lolipop.. Kengkawan nak tengok tak? Jom kita share sama-sama..



[Kerna itulah hati mampu memahami walau mulut terus membisu]



Kita hanya benar-benar bergelar sahabat apabila kita mampu menjadi diri kita yang sebenar dihadapannya


Fungsi seorang teman sejati adalah menggandakan bahagia dan menghilangkan lara. Setidak-tidaknya berkongsi bersama


Walau mulut kita membisu tetapi hati kita tetap bersatu



Nin: "Adalah mudah untuk mencari kawan sembang di kedai kopi hingga ke pukul tiga pagi, tetapi amatlah sukar untuk mencari teman dikala kita memerlukannya jam tiga pagi walaupun hanya sekadar untuk 'meminjam telinga'"


Persahabatan tidak akan mati apabila mulut memutuskannya tetapi ia mati bila hati mula membenci


Persahabatan itu suatu perkongsian



Marah, rajuk, sayang, perkelahian.. itu semuanya merupakan rencah dalam persahabatan. Tanpa rencah itu kita tidak dapat merasa betapa indahnya 'alam persahabatan'

Sekian, Terima kasih.


3 comments:

lolipop said...

apesal diri ini tetibe rase cam nak bangga ni???
ish,,,ssh tol cover hidung ni dr trus kembang...

hope persahabatan kiter akan terus mekar shgga nafas terakhir lolipop..
amin....

thanks lea 4 being there 4 me...
hehehehe...

nin said...

kawan..sahabat..teman.. kalau dibaca sepintas lalu maknanya macam sama. tapi sebenarnya mempunyai makna yang berbeza-beza..

kawan bole datang dan pergi dalam sekelip mata..

sahabat.. org yang kita perlukan dan berkongsi dikala kita suka dan duka..

teman.. seseorang yang terlalu istimewa yang akan memberi cahaya dan sinar dalam hidup kita..

bila kita berkawan dgn seseorang lihatlah dia dgn mata hati, bukan dgn mata kasar.. kerana dgn mata hati kita akan lihat keikhlasan dia berkawan dgn kita.. dan dari situ kita boleh kategorikan dia sebagai kawan..sahabat atau teman.. tepuk dada tanyalah diri sendiri..

buat lea dan lolipop... mengalah bukan bererti kita dikalahkan.. tunduk sedikit bukan bererti kita ditundukkan, tapi untuk mencari satu keserasian antara kita dan seseorang..

hu..hu..hu.. x taulah anda brdua setuju x ngan pendpt saya..

doa saya buat kalian berdua semoga persahabatan anda berdua sentiasa harum seharum bunga kasturi..

~~Lolipop~~ said...

bukan kami berdua aja nin...
persahabatan kita bertiga..
walaupon kita tak rapat..
tapi x salah rasenya loli nak doakn juga....

kerana teman,sahabat,kawan,,
kekal untuk selamanya...

amin.....