Monday, November 3, 2008

Ibu.. Jangan kau pergi..

Di saat ibu terlelap tidur
Cuba renungi ibu dalam-dalam

Bayangkan..
Seandainya mata ibu tertutup pejam
Untuk selamanya
Bibir ibu tidak lagi dapat mengucup mencium dahiku
Tidak dapat lagi mengukir senyum bila aku mengusik ibu
Tangan ibu pula hanya keras kaku
Tidak lagi dapat membelai diriku
Tidak lagi dapat mencubit pipiku
Ibu.. oh ibu..
Macam mana akak nak hidup tanpa ibu..?

Cuba imbas kembali..
Detik-detik kita bersama ibu..
Sudah bahagiakah hati ibu..?
Apakah hadiah terindah dari kita buat ibu..?
Masih adakah kempunan dihati ibu..?

Ibu..
Ibu janganlah pergi dulu..
Nanti siapa nak temankan akak, ibu..?
Akak tak mahu tinggal sendiri..

Ibu..
Akak sayangkan ibu..
Ibu janji jangan pergi dulu ya..
Akak janji tak nakal lagi..

Ibu..
Tunggulah ibu.. jangan pergi..
Akak belum berjaya lagi..
Ini hadiah buat ibu..
Ibu janji jangan pergi, ya..?
Akak takut hidup sendiri...

Ibu... Akak sayang ibu..............

p/s:
Kata-kata ini merupakan ubah suai dari mesej yang Lea terima daripada sahabat Lea - Lolipop. Semoga kita dapat menghayatinya bersama. Marilah kita sama-sama membahagiakan ibu selagi hayatnya masih dikandung badan. Semoga tiada sesalan dihati ibu mengandungkan kita selama sembilan bulan.. Semoga Allah merahmati ibu selalu.. Insyaallah..

2 comments:

Anonymous said...

sedih.. sebak...
cukup x balasan yg kita bg ada ibu yang mjaga kira selama ni..pengorbanan dia pada kita..mmg x terbalas..

seorang ibu boleh mjaga 10 hati dan kerenah anak2.. tapi mampukah 10 orang anak menjaga seorang atau sekeping hati ibu..

lea..lolipop..coretan ni membuat sy bangkit dari lena dan mamai..yg mgkin selami ini mengabaikan hati seorang ibu...

Anonymous said...

lolipop xtau nak kate ape...

smoga hati kite semua sntiasa dipenuhi iman dgan allah spy kiter xdak khilaf..

amin,,,,