Tuesday, November 4, 2008

Lea dan Penulisan..

Salam buat kengkawan semua, terutamanya Nin dan Lilipop yang paling banyak memberikan sokongan pada Lea di ruangan Coretan Pena Hati ini.

Hari ini tiba-tiba Lea terasa ingin berkongsi dengan kengkawan semua kisah bagaimana Lea boleh terjebak dalam bidang penulisan ini.

Sesungguhnya, Lea sangat akui bahawa terlalu banyak kelemahan Lea dalam bidang ini. Agak segan dan malu sebenarnya, bila Lea nak bagi orang baca hasil penulisan Lea. Yelah.. Lea bimbang orang tak boleh terima. Lea bimbang orang tak suka. Lea bimbang orang ingat Lea syok sendiri dan sebagainya. Terutamanya bagi hasil coretan Lea di ruangan ini. Hehe.. Lea sendiri tak tahu apa katagori bagi setiap kata-kata yang Lea coretkan. Entah ke sajak? Syair? Gurindam? Cuma pantun je kot yang Lea leh nyatakan dengan tepat jenisnya. Setiap apa yang Lea coretkan disini semuanya adalah terus dari hati Lea. Hehe..

Lea tidak sangka sebenarnya bila ada juga kengkawan semua yang sanggup baca hasil coretan Lea. Sebab yelahkan.. semuanya adalah tak seberapa.. but.. Lea terharu sangat-sangat.. thanx..

Ok.. Lea nak citer macam mana Lea boleh mula-mula rasa ingin menulis.

Segalanya bermula di sebuah sekolah rendah, jauh nun di utara tanah air - SK Padang Besar (Utara), Perlis. Lea ingat lagi, pada waktu itu, Lea merupakan murid pertama dan tunggal bagi sekolah tersebut yang berjaya melepasi Peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS). Time tu Lea rasa happy giler. Bangga pun ada. Sapa yang tak rasa seronok bila boleh lompat kelas. Yes! Tak perlu masuk darjah empat. Terus langkau ke darjah lima...

Dan, disitulah rupa-rupanya bermulanya detik-detik 'kelabu' dalam hidup Lea. Kisah di sekolah rendah akhirnya melarat hingga ke sekolah menengah. Selama hampir 5 tahun Lea hidup dalam buangan. Semua kawan-kawan tak dapat terima 'perbezaan' yang ada. Setiap hari Lea akan disindir, diabaikan dan di 'torture' oleh kawan-kawan dan juga senior di asrama. Ini semua hasil dari hasutan oleh seorang insan yang dulunya Lea gelarkan dia sebagai 'Musuk Ketat'. Hehe.. Tapi sekarang Lea pun dah lama maafkan dia...

Lea mula berubah setelah mama paksa Lea untuk tukar sekolah. Di sekolah baru, Lea berubah menjadi insan yang baru. Seratus peratus berbeza dari insan yang dahulunya dihina dan ditindas. Di sekolah baru. Lea pula yang membuli dan mengenakan orang. Walhal, diorang semua lebih tua dari Lea. Semasa di sekolah baru inilah, Lea terfikir untuk mengabadikan kisah perjalanan hidup Lea supaya Lea boleh buktikan pada 'Musuh Ketat' Lea bahawa Lea pun boleh berjaya. Ya! Kiranya sejarah Lea mula berkecimpung dengan dunia penulisan bermula dengan dendam. Tapi cerita tu tak siap-siap pun sampai sekarang. Sebenarnya Lea pun dah tak pernah sambung citer tu lg.. Hehe.. Nak tengok tak gaya penulisan Lea waktu sekolah dulu? Meh, Lea kongsi sket sedutan citer tu..


Hari ini Elyeen boleh tersenyum puas, bangga akan kejayaan yang telah Elyeen peroleh. Dalam kesibukan membuat persediaan untuk hari konvokesyen esok Elyeen masih lagi sempat mengelamun, terkenangkan bagaimana Elyeen memulakan langkah untuk mendaki tangga yang pertama untuk kejayaannya hari ini.

“Tahniah Elyeen, awak telah lulus dalam peperiksaan Penilaian Tahap Satu!” Terlopong mulut Elyeen mendengarkan kata-kata Cikgu Bani tadi. Eh, biar betul Elyeen dah berjaya dalam peperiksaan tu.. Elyeen tersenyum puas seorang diri. Tiba-tiba kedengaran satu suara yang memanggil-manggil namanya.

“Elyeen, Cikgu Azman nak berjumpa awak di pejabatnya”

“Nak jumpa saya , kenapa?”

“Eh, manalah saya tahu awak pergilah tanya sendiri”, kata Mimi dengan gopoh sebelum berlari meninggalkan Elyeen menuju ke kumpulannya yang berada di bawah pokok di depan sekolah.

Tanpa banyak soal, Elyeen pun berjalan menuju ke bilik Cikgu Azman dengan hati yang berdebar-debar. Pelbagai soalan yang menjengah ke benaknya. Elyeen ada berbuat salahkah ? Setahu Elyeen tidak pula, apa-apa pun baik Elyeen tunggu dan lihat sahaja. Setelah tiba di hadapan pintu bilik Cikgu Azman Elyeen pun terus mengetuk pintu tersebut...



Ha.. itulah sedikit sedutan citer tu. Hehe.. Lea tak pernah berani nak kongsi cerita tu dengan sesiapa melainkan geng-geng Lea dulu je.. Lea malu dan segan.. Takut orang ketawakan.. Hehe..

Then, coretan pertama Lea yang buat Lea rasa happy sangat adalah 'Kenangan Masa Lalu'. Nak tau tak kenapa? hehe.. sebab coretan tu disiarkan di radio IKIM.fm. Serius Lea tak sangka giler masa tu.. Lea ingat lagi saat-saat Lea menulis coretan tu. Lea tulis coretan tu dibawah sebuah pokok, ditepi tasik semasa Lea buat matrikulasi di KMPP.

Tapi semua tu masih tak bagi semangat dan kekuatan pada Lea untuk bagi orang baca karya Lea. Sehinggalah baru-baru ini, Lea memberanikan diri untuk post n3 pertama Lea yang bertajuk Air Mata Hati di Teratak Santai. Punyalah menggigil tangan Lea waktu 1st time nak baca komen orang pada Lea. Namun, Alhamdulillah.. kawan-kawan di TS memberikan sokongan yang tidak pernah terfikir oleh Lea sebelum ini.

Sedikit demi sedikit, keyakinan dalam diri Lea terbina. Sebagai hasilnya, terbinalah blog Kalam Coretan dan Coretan Pena Hati ini. Walaupun masih ada rasa malu yang menebal dalam hati, tapi Lea tetap juga disini. Cuba memuaskan rasa hati..

Dan begitulah serba ringkas kisahnya.. Bagaimana aku bermula bermain dengan pena.. heheh..




p/s: Lea minta maaf andai n3 ni buat kengkawan semua pening kepala dengan susunan ayat Lea yang ntah ape-ape.. Lea pun tak tau nape susunan ayat jadi macam carca marba.. hehe.. tp ni just sekadar perkongsian peribadi semata-mata. =)


3 comments:

Anonymous said...

walau sesiapa pon lea..ape lea jd...

lolipop sntiasa ikhlas ngan lea....
tiada ape y pntg dlam persahabatan melainkan keikhlasan...

harap lea tabah ngan dugaan ni...
cerita2 lea,,semua sdap dan klu diasah lg,,lolipop percaye lea leh jd penulis pro....

aja..aja fighting lea...

syg lea.....

Anonymous said...

Hi lea..

x de yang nak dimalukan..so far saya senang dgn setiap tulisan dan coretan lea..

ada perkara yg perlu kita malu dan ada yang x perlu.. kalau malu rugi.. tengok hasilnya, hanya lea je yg tau dan rasa..

kalau lea rasa manulis mendatang kepuasan..teruskan perjuangan.. Insyallah selagi terdaya sy akan buka dan baca hasil tangan lea..

kadang2 menulis ni dapat melepaskan apa yg berbuku dihati, sy sndiri hanya berani menulis untuk tatapan sndiri tu pn kdg2 adik curi2 baca..

x semua orang boleh menulis dan lea mmg dianugerahkan, itu kelebihan lea..

chaiyo lea..

NURUL AINI BAKAR said...

Salam Lea,

Hanya nak katakan yang Lea memang berbakat besar dalam bidang ni. Baca gaya penulisan lea masa sekolah dulu saja memang dah nampak kematangannya. Tak macam Aini, baca cerita yang dikarang masa sekolah dulu memang rasa nak gelaklah. Gila bosan ayat. Tapi lama-lama kita menjadi matang dan mula membentuk identiti penulisan kita sendiri. Tak begitu?

Aini nak ucap terima kasih sebab usulkan novel Aini pada KHAR Pekan Ilmu. Memang terharu sesangat. Buat masa sekarang ni memang sedang mempertimbangkan untuk menerbitkan novel cuma rasa serik untuk berdepan dengan prosedur2 yang kadang boleh buat dada lelah dan melunturkan semangat. Lagipun Aini tak rasa karya2 Aini dah sampai tahap layak untuk diterbitkan.

Apapun terima kasih lagi sekali ye. Teruskan perjuangan dalam bidang penulisan ni.

Chiayo3