Sunday, November 16, 2008

Kembalilah..

Dalam hati
Ada rajuk..

Dalam hati
Ada sayang..

Dan.. dalam hati
Ada sendu..

Bayangmu ku usir waktu kau tegar
Hadirmu ku halau tika ku engkar

Temunya kita ibarat ombak di lautan
Arusnya bergelora namun tetap bersama

Dalam hati ada sayang
Namun jua ada kekang

Insan sering berkata..
Hikmah ada di balik kejadian

Benarkah ia?
Di manakah ia?

Aku sering terkapar kelemasan
Kelemasan dalam memori nan lalu..

Hadirlah..
Hadirlah kembali..

Sebagai apa tidak pula kupasti..
Kembalilah..


LeaQistina
04 0910 Januari 2006
Room 803
De Palma Hotel, Ampang

5 comments:

nin said...

ni baru betul2 aku hidup dalam blues...

kenapa msh syg pada kenangan wpn ianya menyeksakan..

simpan terus dlm peti, kunci dan x perlu dibuka lagi. Jadikan ia sebagai 1 kenangan yg amat berharga.



hu..hu..hu.. betul ayat ni..

LeaQistina said...

betul cakap nin..

bukan kenangan tak ingin berlalu pergi..
tetapi diri yang tak izin dia menjauh diri..
akibatnya.. hati yang menderita sendiri..
tak tahu mana lagi yang pasti..
itulah hakikat diri ini kini..

wahaha.. tp kata2 ni ditulis dua tahun yang lalu.. huhu.. jgn salah faham ek.. hehe..

yg kat atas ni.. lea sambung sket.. tb2 je meluncur laju ayat tu.. huhu.. jgn marah ..

Qyn Qyna said...

hmmmm..lea minat menulis ek? hmmm..samalah qyn pun minat menulis..cuma..takder keyakinan jew nak menulis... apepon... lea memang ader bakat....

LeaQistina said...

salam qyn...

apa yg lea coretkan di sini hanyalah luahan hati lea.. apa pun.. thanx atas sokongan yg diberikan..

lea ada pergi ke blog qyn..nmpknya qyn juga menulis sama mcm lea.. hehe.. so sama2lah kita menulis ek..

Ridh-One said...

kenangan
kenangan
kenangan

untuk apa
pada siapa
kerana apa

tanyalah hati
hati tidak pernah menipu
yang pasti
setiap kenangan
punya makna tersendiri
suka, duka, gembira, hiba
menjadikan setiap kenangan itu indah!