Tuesday, November 11, 2008

Apa yang ada itulah berharga

Actually Lea dapat petikan ni daripada seseorang but Lea tak ingat siapa.. Apa pun.. Jom kita kongiskan bersama yek!!

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganla h kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggapla h dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Seda ngkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL....
________ ____ _____
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.

2 comments:

Anonymous said...

adeh.. sakit gak kena tembak.. bisa beb!

hargailah apa yg ada didepan mata (terutamanya makhluk yag bergelar insan), kerana yang ada didepan mata selalunya kita x sedar yg harganya terlalu bernilai sehingga kita x mampu nak membayarnya.. tapi kita hanya sedar bila ia telah tiada..

jika x nak terlalu kecewa terhadap sesuatu hubungan ambil kata2 sy sebagai panduan.. klu x nak abaikan je.. "JANGAN MENGHARAP PADA SESUATU YANG KITA SENDIRI TAK PASTI.."

klu terjadi apa2 kita x lah frust sgt..

-Ain-Dak In- said...

nape macam ati loli ni pedih jer ni,,,

adoyai,,,ni sedey ni...
hehehehe....
mcm terkene btg hdung sndri,,,

waaaaaa....
i need u back,,,