Friday, October 24, 2008

Ah!! Lelaki...

Kau lelaki ego
Sukar untuk diajak bicara
Salah tona bicaranya
Berantakanlah jawabnya

Kau lelaki besar kepala
Andai kau dijunjung
Pasti kau gembira
Namun pantang ditegur
Kau bakal menggila

Kononnya kau lelaki hebat
Bergaya dan berwibawa di mata semua
Tapi kau jangan lupa
Siapa disebalik kejayaanmu itu??!!

Kau lelaki hati batu
Perintah itu saja yang kau tahu
Kini baru kau rasa perasaanku
Bila segalanya berbalik padamu
Biar padan mukamu...

2 comments:

nin said...

lelaki ni kadang2 pelik, ntah apa yg dia nak pn kita x tahu, diri dia sndiri pun kadang2 x tau apa dia nak dan apa yg dicari sbenarnya dlm hidup.

selalu kita je yang faham diorang cuma diorang je yg susah nak faham kita atau dia sendiri buat2 x paham!
itu la lelaki..

LeaQistina said...

Lea setuju dengan nin bab yg kita je faham dia tp dia seolah2 xfhm kita or lebih tepat lg.. sengaja buat2 xfhm..

klu dia buat2 baik tu hmm.. adalah yg dia nak tu sebenarnya.. kalau x.. huhu.. haram.. dia buat xksh je.. ikt kpl dia..