Friday, October 31, 2008

Kopi dan Gula Kehidupan

Gagal dan berjaya..

Dua patah kata itu terlalu sinonim dalam hidup manusia.. Kata orang, tanpa kegagalan maka tiadalah kejayaan?

Mengapa?

Mungkin kerna apabila seseroang insan itu hanya pernah memiliki kejayaan, maka kejayaan itu akan menjadi kebiasaan dan kebiasaan itu tidak bisa lagi membawa kepada sebarang kebagiaan.

Apabila kita pernah merasai betapa pahitnya sebuah kegagalan, maka apabila tiba kita meraih kejayaan, kemanisan kejayaan itu pasti tiada tolok bandingan.

Oleh itu ternyatalah bahawa kegagalan dan kejayaan itu amatlah penting dalam kehidupan. Sama seperti gula dan kopi yang membangkitkan senyuman. Tanpa gula, kopi akan terasa pahitnya. Namun tanpa kopi pula, gula itu tidak termakan. Akhirnya keseimbangan kopi dan gula yang menjadi rencah kehidupan.

p/s:
kempen KKM.. Kurangkan gula dalam minuman, tambahan manis dalam senyuman.. hehe..

2 comments:

Anonymous said...

setuju!!! kopi lak fvrite sy.. nak lagi best minum kopi ngan kek coklat atau cheese kek.. rasanya wallah...

kejayaan yang dikecapi tanpa kegagalan tidak mendapat kepuasan secara total..

lea penah dgrkan pepatah "belajar dari keselahan" cuba lea tukarkan kepada "belajar dari pembetulan"

tu yang sy buat dh salah buat pe nak ikut so bila dh tau benda tu x betul maka kita kena betulkan dan hasilnya kita sndiri yg tahu...

Anonymous said...

klu makan gula jer...
kompom thun depan potong kaki..

hahahahaha......