Monday, October 27, 2008

It's L.O.V.E

"U know it's love when all u wants is that person to be happy, even if you're not part of their happiness"

Lea dapat kata-kata ini daripada seorang teman baru. Pertama kali membacanya hati Lea dah sangat tertarik.

Adakah benar kata-kata itu? Tiba-tiba hati Lea bertanya. Mungkin benar kerna mencintai seseorang itu bukan bererti kita harus memilikinya. Andai bahagia dirinya bukan ditakdirkan ada bersama kita, maka biarkanlah dia pergi mencari bahagianya sendiri.

Melihat dia tersenyum bahagia disamping insan yang dia cinta adalah lebih manis jika dibandingkan melihat dia derita disamping kita.. Apalah ertinya bersama jika ia hanya menempah derita.

Oleh itu, redhakanlah dia pergi. Namun, seandainya dia kembali, maka terimalah ia setulus hati. Usah dikenang kembali keperitan lalu kerna ia hanya akan merosakkan hati.

Lea teringat suatu kata-kata daripada novelis terkenal - Norhayati Berahim. Beliau pernah berkata,
"Cinta itu unik. Ia boleh datang hanya sekali atau berkali-kali. Dan terpulanglah bagaimana caranya kita untuk menikmati cinta itu. Andai kita jujur pasti kemanisan cinta itu akan dapat kita rasai"

Begitu juga kata-kata daripada motivator terkenal Dato' Dr. Fadzilah Kamsah yang menyatakan bahawa,
"Insan yang ditakdirkan buat kita itu merupakan insan terbaik hadiah daripada Allah buat kita. Tidak kiralah samada ia hadir bersama cinta atau tidak. Namun yang pasti dia adalah yang terbaik untuk kita. Cara kita yang mencorak perhubungan tersebut samada untuk menjadikan ia suatu yang bermakna atau yang mengecewa".

Maka terbuktilah bahawa cinta itu ada dimana-mana. Samada ia dinanti atau tidak direla, ia tetap pastikan datang. Oleh itu, usah dikenang andai satu cinta itu pergi. Kerna, apa yang pergi pasti berganti. Walau ia tiada istimewa yang seperti, namun ia tetap sejati.

Insyaallah..!!

2 comments:

Anonymous said...

btol tu...
cinta pd seseorg bukan bermakna kiter bleh memiliki..
y penting kiter dpat melihat dier bahagia wpon sapepon pilihan hatinyer..

kdg2 org y dibenci mekjadi syg n org y sayang menjadi benci..

hahahaha....

sesape y tgh becinta,,lolipop ucapkan selamat berbahagia..

sesape y single mcm lolipop...
don wori lar...

ader some1 spesel 4 us,,,

toin,..toin....

Anonymous said...

cinta suatu ungkapan keramat yang amat luas maknanya... sebenarnya apa yg kita cari adalah kebahagian... bila kebahagian hadir dari hati yang ikhlas, maka cinta yang hadir dari hati yang ikhlas akan membawa kita ke satu kebahagian yg sukar diungkapkan..

bila kita tgk orang yg rapat dengan kita bahagia dengan cinta yang diperolehi maka secara automatiknya kita akan tumpang gembira, tapi jika sebaliknya kita akan rasa geram marah dsb nya...

cinta... maknanya terlalu misteri dan hanya orang yg penah melaluinya atau sedang lalui akan mengetahui apa itu cinta..