Friday, October 24, 2008

Resah di hati ini

Apa maksud resah ini semua?
Mengapa hati ini berdenyut sayu?
Ibarat ia merindui sesuatu
Apakah resah ini?

Apakah rasa hatiku ini?
Rasa seperti ingin mendakap sesuatu..
Tapi ia telah pergi
Jauh pergi meninggalkan diri ini..

Mengapakah rasa ini hadir?
Pada dia yang telah lama hilang
Pada dia yang telah lama ku buang
Dan tiba-tiba rasa ini hadir?

Mengapa perlu hadir?
Tatkala aku sendiri tidak pernah terfikir
Dia? Owh.. Suatu yang mustahil
Namun itulah yang kurasa tika ini

Oh tuhan ku
Apakah makna rasa ini?
Aku sudah tidak mengerti
Apakah ini jawapan doaku selama ini?

1 comment:

nin said...

lea.. hang ni suka buat teka teki pada perasan yerk.. cam tanya pada pokok apa sbb goyang.. hu..hu..hu..
lea ni cam orng yang sedang merindui seseorang.. bila dekat cm x nampak bila jauh terbayang2...