Sunday, November 16, 2008

Kisah Taubat

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin berjumpa pendita untu meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia peluang untuk bertaubat. pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.

Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Dia menceritakan bahwa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya? Ulama itu menerangkan bahawa dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya ulama tersebut menyuruhnya pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan orang abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat. lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang telah diterangkan oleh ulama tadi.

Sebaik sahaja sampai separuh perjalanan, dia terjatuh sakit lalu meninggal dunia. Ketia itu terjadilah perbalahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran azamnya untuk bertaubat, sementara Malaikat Azab mengatakan lelaki itu mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka berdua saling berebut dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.

Allah S.W.T kemudaiannya menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dia tuju atau lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak?

Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, maka roh lelaki itu adalah kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarah ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oelh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.

Oleh itu, marilah sama-sama kita renungi betapa besarnya kuasa pengampunan Allah itu. Sesungguhnya, setiap kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan di atas muka bumi ini ada balasannya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

--------------------------------------------------------------------------

Lea dapat kisah ini daripada buletin An-Nasihah.. Keluaran 1 (Semester 2) Biro Penerangan dan Penerbitan 04/05 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang bertarikh 23-30 Ramadhan 1425H dibawah penyelenggaraan Exco Kerohanian JPP, KMPP. Sama-samalah kita menghayatinya..

Semoga kita dapat sesuatu daripadanya.. Insyaallah..

Kembalilah..

Dalam hati
Ada rajuk..

Dalam hati
Ada sayang..

Dan.. dalam hati
Ada sendu..

Bayangmu ku usir waktu kau tegar
Hadirmu ku halau tika ku engkar

Temunya kita ibarat ombak di lautan
Arusnya bergelora namun tetap bersama

Dalam hati ada sayang
Namun jua ada kekang

Insan sering berkata..
Hikmah ada di balik kejadian

Benarkah ia?
Di manakah ia?

Aku sering terkapar kelemasan
Kelemasan dalam memori nan lalu..

Hadirlah..
Hadirlah kembali..

Sebagai apa tidak pula kupasti..
Kembalilah..


LeaQistina
04 0910 Januari 2006
Room 803
De Palma Hotel, Ampang

Tuesday, November 11, 2008

Apa yang ada itulah berharga

Actually Lea dapat petikan ni daripada seseorang but Lea tak ingat siapa.. Apa pun.. Jom kita kongiskan bersama yek!!

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganla h kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggapla h dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Seda ngkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL....
________ ____ _____
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.

Hitam dan Putih

Untuk adanya hitam
Perlu adanya putih
Untuk adanya atas
Perlu adanya bawah
Untuk rasai kejayaan
Maka perlunya kegagalan
Tanpa kegagalan
Kejayaan jadi kebiasaan
Bila kebiasaan maka hilanglah kegembiraan
Setiap benda wujudnya berpasangan
Tanpa lagu pincanglah irama
Tanpa kamu siapalah aku
Tiada kita hilanglah saudara
Maka akhirnya hilanglah dunia



Pej Mama
20 0838H Mei 2008

Friday, November 7, 2008

Hadiah dari sebuah persahabatan

Hai kengkawan semua.. hehe.. semalam.. Lea dapat hadiah e-Cards daripada Lolipop.. Kengkawan nak tengok tak? Jom kita share sama-sama..



[Kerna itulah hati mampu memahami walau mulut terus membisu]



Kita hanya benar-benar bergelar sahabat apabila kita mampu menjadi diri kita yang sebenar dihadapannya


Fungsi seorang teman sejati adalah menggandakan bahagia dan menghilangkan lara. Setidak-tidaknya berkongsi bersama


Walau mulut kita membisu tetapi hati kita tetap bersatu



Nin: "Adalah mudah untuk mencari kawan sembang di kedai kopi hingga ke pukul tiga pagi, tetapi amatlah sukar untuk mencari teman dikala kita memerlukannya jam tiga pagi walaupun hanya sekadar untuk 'meminjam telinga'"


Persahabatan tidak akan mati apabila mulut memutuskannya tetapi ia mati bila hati mula membenci


Persahabatan itu suatu perkongsian



Marah, rajuk, sayang, perkelahian.. itu semuanya merupakan rencah dalam persahabatan. Tanpa rencah itu kita tidak dapat merasa betapa indahnya 'alam persahabatan'

Sekian, Terima kasih.


Tuesday, November 4, 2008

Lea dan Penulisan..

Salam buat kengkawan semua, terutamanya Nin dan Lilipop yang paling banyak memberikan sokongan pada Lea di ruangan Coretan Pena Hati ini.

Hari ini tiba-tiba Lea terasa ingin berkongsi dengan kengkawan semua kisah bagaimana Lea boleh terjebak dalam bidang penulisan ini.

Sesungguhnya, Lea sangat akui bahawa terlalu banyak kelemahan Lea dalam bidang ini. Agak segan dan malu sebenarnya, bila Lea nak bagi orang baca hasil penulisan Lea. Yelah.. Lea bimbang orang tak boleh terima. Lea bimbang orang tak suka. Lea bimbang orang ingat Lea syok sendiri dan sebagainya. Terutamanya bagi hasil coretan Lea di ruangan ini. Hehe.. Lea sendiri tak tahu apa katagori bagi setiap kata-kata yang Lea coretkan. Entah ke sajak? Syair? Gurindam? Cuma pantun je kot yang Lea leh nyatakan dengan tepat jenisnya. Setiap apa yang Lea coretkan disini semuanya adalah terus dari hati Lea. Hehe..

Lea tidak sangka sebenarnya bila ada juga kengkawan semua yang sanggup baca hasil coretan Lea. Sebab yelahkan.. semuanya adalah tak seberapa.. but.. Lea terharu sangat-sangat.. thanx..

Ok.. Lea nak citer macam mana Lea boleh mula-mula rasa ingin menulis.

Segalanya bermula di sebuah sekolah rendah, jauh nun di utara tanah air - SK Padang Besar (Utara), Perlis. Lea ingat lagi, pada waktu itu, Lea merupakan murid pertama dan tunggal bagi sekolah tersebut yang berjaya melepasi Peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS). Time tu Lea rasa happy giler. Bangga pun ada. Sapa yang tak rasa seronok bila boleh lompat kelas. Yes! Tak perlu masuk darjah empat. Terus langkau ke darjah lima...

Dan, disitulah rupa-rupanya bermulanya detik-detik 'kelabu' dalam hidup Lea. Kisah di sekolah rendah akhirnya melarat hingga ke sekolah menengah. Selama hampir 5 tahun Lea hidup dalam buangan. Semua kawan-kawan tak dapat terima 'perbezaan' yang ada. Setiap hari Lea akan disindir, diabaikan dan di 'torture' oleh kawan-kawan dan juga senior di asrama. Ini semua hasil dari hasutan oleh seorang insan yang dulunya Lea gelarkan dia sebagai 'Musuk Ketat'. Hehe.. Tapi sekarang Lea pun dah lama maafkan dia...

Lea mula berubah setelah mama paksa Lea untuk tukar sekolah. Di sekolah baru, Lea berubah menjadi insan yang baru. Seratus peratus berbeza dari insan yang dahulunya dihina dan ditindas. Di sekolah baru. Lea pula yang membuli dan mengenakan orang. Walhal, diorang semua lebih tua dari Lea. Semasa di sekolah baru inilah, Lea terfikir untuk mengabadikan kisah perjalanan hidup Lea supaya Lea boleh buktikan pada 'Musuh Ketat' Lea bahawa Lea pun boleh berjaya. Ya! Kiranya sejarah Lea mula berkecimpung dengan dunia penulisan bermula dengan dendam. Tapi cerita tu tak siap-siap pun sampai sekarang. Sebenarnya Lea pun dah tak pernah sambung citer tu lg.. Hehe.. Nak tengok tak gaya penulisan Lea waktu sekolah dulu? Meh, Lea kongsi sket sedutan citer tu..


Hari ini Elyeen boleh tersenyum puas, bangga akan kejayaan yang telah Elyeen peroleh. Dalam kesibukan membuat persediaan untuk hari konvokesyen esok Elyeen masih lagi sempat mengelamun, terkenangkan bagaimana Elyeen memulakan langkah untuk mendaki tangga yang pertama untuk kejayaannya hari ini.

“Tahniah Elyeen, awak telah lulus dalam peperiksaan Penilaian Tahap Satu!” Terlopong mulut Elyeen mendengarkan kata-kata Cikgu Bani tadi. Eh, biar betul Elyeen dah berjaya dalam peperiksaan tu.. Elyeen tersenyum puas seorang diri. Tiba-tiba kedengaran satu suara yang memanggil-manggil namanya.

“Elyeen, Cikgu Azman nak berjumpa awak di pejabatnya”

“Nak jumpa saya , kenapa?”

“Eh, manalah saya tahu awak pergilah tanya sendiri”, kata Mimi dengan gopoh sebelum berlari meninggalkan Elyeen menuju ke kumpulannya yang berada di bawah pokok di depan sekolah.

Tanpa banyak soal, Elyeen pun berjalan menuju ke bilik Cikgu Azman dengan hati yang berdebar-debar. Pelbagai soalan yang menjengah ke benaknya. Elyeen ada berbuat salahkah ? Setahu Elyeen tidak pula, apa-apa pun baik Elyeen tunggu dan lihat sahaja. Setelah tiba di hadapan pintu bilik Cikgu Azman Elyeen pun terus mengetuk pintu tersebut...



Ha.. itulah sedikit sedutan citer tu. Hehe.. Lea tak pernah berani nak kongsi cerita tu dengan sesiapa melainkan geng-geng Lea dulu je.. Lea malu dan segan.. Takut orang ketawakan.. Hehe..

Then, coretan pertama Lea yang buat Lea rasa happy sangat adalah 'Kenangan Masa Lalu'. Nak tau tak kenapa? hehe.. sebab coretan tu disiarkan di radio IKIM.fm. Serius Lea tak sangka giler masa tu.. Lea ingat lagi saat-saat Lea menulis coretan tu. Lea tulis coretan tu dibawah sebuah pokok, ditepi tasik semasa Lea buat matrikulasi di KMPP.

Tapi semua tu masih tak bagi semangat dan kekuatan pada Lea untuk bagi orang baca karya Lea. Sehinggalah baru-baru ini, Lea memberanikan diri untuk post n3 pertama Lea yang bertajuk Air Mata Hati di Teratak Santai. Punyalah menggigil tangan Lea waktu 1st time nak baca komen orang pada Lea. Namun, Alhamdulillah.. kawan-kawan di TS memberikan sokongan yang tidak pernah terfikir oleh Lea sebelum ini.

Sedikit demi sedikit, keyakinan dalam diri Lea terbina. Sebagai hasilnya, terbinalah blog Kalam Coretan dan Coretan Pena Hati ini. Walaupun masih ada rasa malu yang menebal dalam hati, tapi Lea tetap juga disini. Cuba memuaskan rasa hati..

Dan begitulah serba ringkas kisahnya.. Bagaimana aku bermula bermain dengan pena.. heheh..




p/s: Lea minta maaf andai n3 ni buat kengkawan semua pening kepala dengan susunan ayat Lea yang ntah ape-ape.. Lea pun tak tau nape susunan ayat jadi macam carca marba.. hehe.. tp ni just sekadar perkongsian peribadi semata-mata. =)


Kehidupan

Setiap kali kecewa datang, insan lebih mudah jadi lemah sendiri. Saat itu, kita sering merasakan bahawa kita adalah insan yang paling malang di dunia ini. Kadang-kala ia akan terbawa-bawa sehingga kita mempersoalkan 'hak' Allah yang maha Esa dalam menentukan kehidupan insan.

Dan, tatkala kecewa itu menguasai insan. Jarang-jarang kita cuba untuk bangkit dari kecewa itu. Tetapi kita lebih suka membiarkan diri kita hanyut dan tenggelam dalam mainan perasaan yang tidak bertepi.

Lea teringat satu kata-kata yang Lea tidak ingat entah dari mana. Mungkin dari buletin atau mesej yang dihantar oleh rakan. Katanya, "Setiap kali ada satu pintu tertutup, insan cenderung untuk terus leka meratapi dan menanti pintu tersebut untuk terbuka kembali tanpa menyedari bahawa ada pintu lain yang sedang terbuka dan menanti. Sehinggalah akhirnya, pintu itu jua tutup kembali... Maka insan akan rugi"

Ingatlah bahawa peluang yang baik itu hanya datang sekali. Andai sekali ia berlalu pergi maka ita tidak akan kembali lagi. Menyesallah insan atas kebodohannya sendiri.

Berikut merupakan sebuah lagu dendangan dari kumpulan nasyid terkenal tanah air - Inteam yang bertajuk Kehidupan. Melalui lagu tersebut, dapatlah kita sedari bahawa kecewa dan bahagia itu sering datang dan pergi. Oleh itu tidak perlulah kita terlalu menangisi kecewa diri hingga lupa, kecewa itu pasti berganti bahagia jua kelak nanti..

Oleh itu, sama-samalah kita menghayatinya..

Kehidupan ~ Inteam

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah
Ada kesenangan

Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan
Untuk kebaikan
Sebelum segalanya
Terlepas dari genggaman

Kelak menyesal nanti
Tak berkesudahan
Apa guna sesalan
Hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita
Akan berpanjangan
Kelak akan membawa
Putus asa pada Tuhan

Ingatlah biasanya kabus
Tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu
Pasti cerah kembali

Ujian adalah
Tarbiyah dari Allah
Adakah kita akan sabar
Ataupun sebaliknya...

Kesenangan yang datang
Selepas kesusahan
Semuanya adalah
Nikmat dari Tuhan

Sedarlah.. Bangkitlah..

Sesungguhnya, Allah menjadikan kecewa itu sebagai imunisasi jiwa insan. Supaya kita makin kuat dan makin tabah. Oleh itu, berprasangka baiklah kita pada takdir Allah yang maha Esa. Kerna hanya dia yang maha Mengetahui segalanya. Apa yang terbaik buat kita. Hanya dia yang mengetahuinya...

Lea sedar, meluahkan kata-kata adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan melakukakannya. Maka, sama-samalah kita cuba untuk mendidik jiwa supaya redha pada percaturan-Nya.

Jangan difikir derita

Akan berpanjangan
Kelak akan membawa
Putus asa pada Tuhan

Ingatlah biasanya kabus
Tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu
Pasti cerah kembali

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.. Allahu Akbar.. !

Monday, November 3, 2008

Ibu.. Jangan kau pergi..

Di saat ibu terlelap tidur
Cuba renungi ibu dalam-dalam

Bayangkan..
Seandainya mata ibu tertutup pejam
Untuk selamanya
Bibir ibu tidak lagi dapat mengucup mencium dahiku
Tidak dapat lagi mengukir senyum bila aku mengusik ibu
Tangan ibu pula hanya keras kaku
Tidak lagi dapat membelai diriku
Tidak lagi dapat mencubit pipiku
Ibu.. oh ibu..
Macam mana akak nak hidup tanpa ibu..?

Cuba imbas kembali..
Detik-detik kita bersama ibu..
Sudah bahagiakah hati ibu..?
Apakah hadiah terindah dari kita buat ibu..?
Masih adakah kempunan dihati ibu..?

Ibu..
Ibu janganlah pergi dulu..
Nanti siapa nak temankan akak, ibu..?
Akak tak mahu tinggal sendiri..

Ibu..
Akak sayangkan ibu..
Ibu janji jangan pergi dulu ya..
Akak janji tak nakal lagi..

Ibu..
Tunggulah ibu.. jangan pergi..
Akak belum berjaya lagi..
Ini hadiah buat ibu..
Ibu janji jangan pergi, ya..?
Akak takut hidup sendiri...

Ibu... Akak sayang ibu..............

p/s:
Kata-kata ini merupakan ubah suai dari mesej yang Lea terima daripada sahabat Lea - Lolipop. Semoga kita dapat menghayatinya bersama. Marilah kita sama-sama membahagiakan ibu selagi hayatnya masih dikandung badan. Semoga tiada sesalan dihati ibu mengandungkan kita selama sembilan bulan.. Semoga Allah merahmati ibu selalu.. Insyaallah..

Hati oh hati..

Hati..
Kau lepaskanlah dia pergi..

Hati..
Usahlah kau tangisi..

Hati..
Dia takkan kembali..

Hati..
Lupakanlah memori..

Hati..
Biarkanlah dia pergi..

Hati..
Kuatkanlah hati..

Hati..
Tempatnya bukan disini..

Saturday, November 1, 2008

How bad your temper?

Hai kengkawan..

Lea jumpa bahan ni daripada blog seorang rakan baru. Lea rasa menarik sangat. So, Lea masukkan disini supaya kita dapat berkongsi bersama-sama.. Jom kita buat self check nak? Korang zodiak apa? Lea Aquarius.. huhu..

ARIES MARCH 21 – APRIL 20

Nothing seems to ruffle you more than a lack of discipline, disloyalty and decorum. But Arians are also known to go into a rage very easily when challenged. Those of you who have been on the receiving end of the Aries temper know that if not calmed down they can even get violent. But one thing is certain if the opponent remains calm and does not react to their outburst, Arians cool down very fast. They are also the first to apologize, which makes them easier to forgive.


TAURUS APRIL 21 – MAY 20

You are generally quiet and have control over your emotions. It is difficult to predict what will upset you, so when you do lose your cool, people don’t know how to react. Your temper is like that of a raging bull, and anyone trying to pacify you will be the first one to get a verbal bashing. You generally get upset when you are concerned or when people accuse you of doing something wrong. You also hate being reminded about mistakes you’ve made in the past. You also have the potential to be terribly vindictive if rubbed the wrong way.


GEMINI MAY 21 – June 29

You are recognized by your cheerful disposition and your jovial nature is easily susceptible to anger. In fact, you are the best person to have around when there is an ugly scene at a party you can bring the warring factions together quite diplomatically. But when you lose cool, you yell and scream and will not listen to reason. You must have the last word in a wordy duel. Your capacity to argue aggressively is matched only by your seductive charm.



CANCER JUNE 21 – JULY 21

Considering how charming, caring and kind you are, you dislike unpleasant scenes, much less creating one yourself. You have great tolerance and rarely get provoked into losing your temper. If someone is unreasonable or trying to create trouble, you are more likely to walk away quietly. But that does not mean you do not have a temper. When angry, in your effort to control your emotions, you tremble, your hands get sweaty and sometimes you fumble for words. Tears roll down your eyes easily and the opponent is touched by your innocence and will seek an apology immediately.


LEO JULY 22 – AUGUST 21

If anyone has total control over their emotions, it is you. But then, you can be described as stiff, cold and uncaring. You are known to lack spontaneity but you really don’t care about opinions. You don’t like to create scenes and will never accept invitations to a party where you suspect the presence of an unruly lot. But your very presence seems challenging to some and they take vicarious pleasure in your disquiet. When angry you can use critical language. A dressing down can humiliate your opponent, causing a strain between both of you forever.


VIRGO AUGUST 22 – SEPTEMBER 21

Most of you are gentle and have full control over your emotions but those of you given to temper tantrums can certainly get violent. When see things with rage, you yell and shout and tend to break things lying close at hand. You can even harm yourself by banging your hands on a glass top table or wall. You should never get into any argument, for you are a sore loser. You feel that others are trying to persecute you and don’t quite respect your opinions. When hurt, you can also hold grudges forever.


LIBRA SEPTEMBER 22 – OCTOBER 22

Did someone say that you are the charmers of the zodiac? Well, it’s true. Few have ever seen you ruffled or angry. You are very conscious of your image, and you believe that anger distorts your face and personality. You also think you are above things like anger. But wait before you get into self-congratulatory mood. Your family or those very close to you know you better. You have an unmatched temper amongst all the zodiac signs, and what makes it worse is your capacity to justify it.


SCORPIO OCTOBER 23 – NOVEMBER 21

Of course you don’t lose your cool. But your very demeanor (manner) projects haughtiness (arrogance, pride), pride and grand disdain (disregard) for lesser mortals (human). Others are often found saying that anger sits on your nose and you are raring to give your piece mind to the first person who try to be funny with you. You are selective in the choice of your friends, and have a low tolerance for the superfluous (extra) types. Your tongue-lashing (attack) is generally in a soft hissing tone for when you scream, your voice tends to get shrill and loud and you do hate drawing attention to yourself! When upset, you are angrier with yourself for having shown weakness, for the last thing that Scorpio wants to show is being out of control.


SAGITTARIUS NOVEMBER 22 – DECEMBER 20

You are insensible and generally have no complete control over your emotions. You do get angry quickly and others marvel at your anger levels even when provoked. Actually, you get tongue-tied when angry and you will remove your anger waiting for the other person to calm down. Then you will reason with your opponent and convince the other person in a very gentle manner that the whole thing was just his mistake. You’re also likely to totally sever ties with someone when you’re upset with them.


CAPRICORN DECEMBER 21 – JANUARY 19

Few will believe that a hardcore practical and materialistic person like you is capable of sensitivity and genuine emotions. You project a hard exterior but are actually very sensitive, a trait you successfully hide from others. You can see thing with anger but will not betray your feelings. But then, there are times that even you cannot control your temper. Under such circumstances you can shout and scream, more with frustration at the situation than with anger at any particular person. Your outbursts can shock others and can make them feel guilty too.


AQUARIUS JANUARY 20 – FEBRUARY 18

You are noble and kind and dislike losing control over your emotions. It is very rare for you to get angry. You are also the pacifier in situations that involve arguments. It is always your endeavor to be perfect and socially correct in your behavior and attitude, but if misunderstood and slighted you can give in to an angry outburst. You will shout and scream and then walk out from the scene. You cannot easily forget the situation and will be bitter about it for a long time.

Yeye... ni Lea punya..


PISCES FEBRUARY 19 – MARCH 20

The only thing that can be said about you dreamers is that you appear even more attractive when angry. You are very sensitive to others’ feelings, so you rarely hurt them. But when others tend to hurt you, then things take a nasty turn. You will yell and use harsh words and feel inclined to shake everything and everyone up. Your creative imagination is at its best when angry, and you tend to get pretty dramatic. When upset, you refuse to listen to reason and wish to be left alone. But once you calm down, you repent your tantrums and seek forgiveness. SO nobody can be upset with you for too long.


Sama tak dengan personaliti korang?

Lafaz yang Tersimpan

Sebagai manusia, kadangkala kita terpaksa menerima hakikat bahawa setiap perkara yang kita ingini itu tidak semestinya akan kita miliki. Adakalanya, mugkin apa yang kita ingini itu hanya sejengkal jaraknya dari hujung jari namun ia masih tidak dapat untuk kita genggami. Mungkin sudah tersurat ianya bukan rezeki untuk kita miliki. Pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Namun, kadangkala impian itu tidak kita gapai bukan kerna ianya memang suatu suratan tetapi kita sendiri sebagai insan takut untuk mendapatkannya. Ianya ibarat, haruman sudah menyapa deria namun lidah yang ada tidak berani merasa... Semuanya hanya kerana kita takut untuk merasa.. Takut andai rasa itu tidak sama seperti rasa yang kita harapkan. Maka rasa yang ada itu sudah menjadi tidak berguna. Lafaz yang ada itu hanya tinggal menjadi 'Lafaz yang Tersimpan'. Tersadai jauh ke lubuh jiwa.. Kekallah ia disitu sehingga tiba masanya mata yang terbuka akhirnya terpejam. Lalu semuanya tidak lagi berguna...

Ingatlah, Ahmad Danial pernah berkata, "Tanpa keberanian mimpi tidak bermakna..!!" (Dipetik dari Filem Soalnya Hati lakonan Afdlin Shauki dan Erra Fazira)

Sedarlah... Walaupun kebenaran yang ada itu mungkin sesuatu yang pahit, namun sedarlah bahawa kepahitan itu selalunya adalah penawar.

Di sini Lea ingin berkongsi dengan kawan-kawan sekalian, suatu lagu yang sangat mempunyai makna yang mendalam di dalam hidup Lea. Marilah bersama kita menghayati lagu ini bersama-sama...

Lafaz yang Tersimpan ~ U.N.I.C

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih kuzahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuahmu memberkas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biar pun kuredah seluruh dunia mencari gantimu oh..

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz
Kasihku padamu..

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang?
Andai diri sukar beri penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya mata yang bersuara bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas dihujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan

Link untuk mendengar lagu tersebut : [Lafaz yang Tersimpan]
Untuk mendengar lagu ini secara serentak sambil membaca blog,
sila 'Right Clik' dan pilih 'Open in New Tab'

Ingatlah...

"Usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan".. huhu.. nasihat ini ditujukan khas buat diri Lea juga.. wahuwahuwahuwa..


Friday, October 31, 2008

Kopi dan Gula Kehidupan

Gagal dan berjaya..

Dua patah kata itu terlalu sinonim dalam hidup manusia.. Kata orang, tanpa kegagalan maka tiadalah kejayaan?

Mengapa?

Mungkin kerna apabila seseroang insan itu hanya pernah memiliki kejayaan, maka kejayaan itu akan menjadi kebiasaan dan kebiasaan itu tidak bisa lagi membawa kepada sebarang kebagiaan.

Apabila kita pernah merasai betapa pahitnya sebuah kegagalan, maka apabila tiba kita meraih kejayaan, kemanisan kejayaan itu pasti tiada tolok bandingan.

Oleh itu ternyatalah bahawa kegagalan dan kejayaan itu amatlah penting dalam kehidupan. Sama seperti gula dan kopi yang membangkitkan senyuman. Tanpa gula, kopi akan terasa pahitnya. Namun tanpa kopi pula, gula itu tidak termakan. Akhirnya keseimbangan kopi dan gula yang menjadi rencah kehidupan.

p/s:
kempen KKM.. Kurangkan gula dalam minuman, tambahan manis dalam senyuman.. hehe..

Thursday, October 30, 2008

Selamat vs. Noraini



Mama... bapak.. Akak tujukan kata-kata ini buat kalian berdua tanda sayang yang sentiasa dijiwa semoga kita bahagia sentiasa...




S.E.L.A.M.A.T












Sayang anak sayang semua
E
mas diberi jikalau ada
L
elah dijiwa dibiar saja
A
sal keluarga sentiasa bahagia
M
emenuhi segala selagi terdaya
A
manah Tuhanmu terus dijaga
Tanpa mengeluh kesah dijiwa


N.O.R.A.I.N.I












Namamu agung disanubari
O
rangnya indah tidak terperi

R
ajin berusaha bijak sekali

A
nak-naknya sentiasa dihati

I
steri sejati buat suami

N
ur wajahmu lekat dihati

I
nilah bukti wanita sejati

Pesanan dari Papa

Pesan papaku disuatu hari
"Kamu kini sudah besar,tidak boleh manja-maja lagi"
Sambil tangannya mengusap dipipi

Pesan papaku lagi
"Kamu kini sudah dewasa, pandai-pandailah kamu menjaga diri"
Wajah papa ku pandang sepi

Papaku berpesan lagi
"Wahai anakku, hari ini kau kan pergi, jangan lupakan papa disini"
Kata papa dengan sedih sekali

Siang malam silih berganti
Aku kini betah sendiri
Mampu berpijak dikaki sendiri
Tidak perlu lagi papa disisi

Aku kini hidup sendiri
"Tidak ingin dipesan lagi"
Kata aku disuatu pagi
Buat pesanan papa sendiri

Papaku terkedu terdiam diri
Mendengar pesan anak sendiri
Sejak itu papa tidak berpesan lagi
Aku hidup sesuka hati
Dalam dunia alpaku sendiri

Suatu pagi aku terjaga sendiri
Terasa kosong sunyi dan sepi
Pesanan papa tiada lagi
Sudah puas aku mencari
Namun tetap tiada ku temui
Rupa-rupanya papa sudah tiada lagi
Tinggallah aku kini sendiri
Tanpa pesanan dari papaku lagi

Tuesday, October 28, 2008

Sisih Tersisih

Akukah yang tersisih atau akukah yang menyisih?
Yang pastinya satu-satu insan yang aku sayangi pergi meninggalkanku disini
Entah mengapa hati dan akalku sering tidak seiring
Langsung tidak pantas untuk membantu aku membuat pilihan

Akal atau hati?
Orang pernah berkata;
Ikut hati mati, ikut rasa binasa
Oleh itu apa yang harus aku ikuti?

Antara naluri dan fikiran?
Mana pula kebenaran?
Logik akalkah atau naluri hati yang kerap hadir tatkala kesunyian

Akal...
Hati...
Fikiran...
Naluri...
Kerna merekakah aku menyisih?
Atau aku tersisih?

Monday, October 27, 2008

It's L.O.V.E

"U know it's love when all u wants is that person to be happy, even if you're not part of their happiness"

Lea dapat kata-kata ini daripada seorang teman baru. Pertama kali membacanya hati Lea dah sangat tertarik.

Adakah benar kata-kata itu? Tiba-tiba hati Lea bertanya. Mungkin benar kerna mencintai seseorang itu bukan bererti kita harus memilikinya. Andai bahagia dirinya bukan ditakdirkan ada bersama kita, maka biarkanlah dia pergi mencari bahagianya sendiri.

Melihat dia tersenyum bahagia disamping insan yang dia cinta adalah lebih manis jika dibandingkan melihat dia derita disamping kita.. Apalah ertinya bersama jika ia hanya menempah derita.

Oleh itu, redhakanlah dia pergi. Namun, seandainya dia kembali, maka terimalah ia setulus hati. Usah dikenang kembali keperitan lalu kerna ia hanya akan merosakkan hati.

Lea teringat suatu kata-kata daripada novelis terkenal - Norhayati Berahim. Beliau pernah berkata,
"Cinta itu unik. Ia boleh datang hanya sekali atau berkali-kali. Dan terpulanglah bagaimana caranya kita untuk menikmati cinta itu. Andai kita jujur pasti kemanisan cinta itu akan dapat kita rasai"

Begitu juga kata-kata daripada motivator terkenal Dato' Dr. Fadzilah Kamsah yang menyatakan bahawa,
"Insan yang ditakdirkan buat kita itu merupakan insan terbaik hadiah daripada Allah buat kita. Tidak kiralah samada ia hadir bersama cinta atau tidak. Namun yang pasti dia adalah yang terbaik untuk kita. Cara kita yang mencorak perhubungan tersebut samada untuk menjadikan ia suatu yang bermakna atau yang mengecewa".

Maka terbuktilah bahawa cinta itu ada dimana-mana. Samada ia dinanti atau tidak direla, ia tetap pastikan datang. Oleh itu, usah dikenang andai satu cinta itu pergi. Kerna, apa yang pergi pasti berganti. Walau ia tiada istimewa yang seperti, namun ia tetap sejati.

Insyaallah..!!

Lolipop Temanku

Perayaan Deepavali dirasakan meriah
Bunyi mercun asyik meletup
Marilah kawan dengar ini kisah
Kisah insan bernama lolipop
::
Bermain mercun berpakaian santai
Mercun diganti dengan meriam
Babak perkenalan bermula di 'Santai'
Kemudian melarat hingga ke YM
::
Dikejar itik berlari ke depan
Gelas dilantai disepak pecah
Permulaan yang dulu kurasa sopan
Kini meriah bagai nak pecah
::
Kegemaran Padayappa memakan maruku
Sanggup dikutip di atas batu
Lolipop juga suka merapu
Perasan comel itu nombor satu
::
Aci merajuk ditipu Muthu
Muthu memujuk dengan duku
Aku bersyukur dengan perkenalan itu
ItulahLolipop sahabat baruku

Friday, October 24, 2008

Kisah dari seorang kawan.. part 2

Ingat lagi tak bila kita buat mesyuarat penyelarasan JKM buat kali pertama? Sebenarnya kan, orang nervous sangat waktu tu. Bukan ape, orang takut tak dapat bekerjasama dengan baik dengan kawan-kawan semua. Tapi alhamdulillah. Orang rasa kita semua berjaya bekerjasama dengan baik. Kalau ada salah dan silap korang semua tak segan-segan tegur orang. Orang appreciate sangat tau. Tapi benda yang paling best skali bila kita mula guna short form dalam meeting. SUA.. TP(A).. TP(P).. TP(Palap).. BPMM.. wahaha.. kalau boleh semuanya pun nak jadi short form.. sampaikan ke nama pengetua pun kita jadikan short form.. wahaha.. SBK.. rasanya skrang ni dh ramai yang mula tau SBK tu ape.. hmm..

Klaka giler bila orang teringat macam ma
na muka SBK yang kononnya nak join meeting kita waktu tu.. satu apa pun dia tak leh nak menyampuk.. mana tidaknya.. TP(A) tu ape.. ? BPMM tu ape? Tak tau semua key words tu mana mungkin leh nak menyampuk.. huhu.. suka giler kita kan waktu tu.. terkena jugak SBK time tu..

Korang tau tak.. waktu Tn Ilias bagi orang jadi pengarah untuk Sapientra.. orang rasa takut sangat.. yelah.. orang mana ada experience nak wat program yang besar mcm tu.. tp berkat sokongan dan tunjuk ajar korang semua akhirnya
orang berjaya jugak slesaikan hampir separuh prosedur utk program tu.. tp itulah kan.. cabarang dan dugaan memang silih berganti dalam hidup manusia.. Tiba-tiba Tuan Ismadi bg tau orang yang SBK tak nak nama program tu Sapientra.. Marah orang datang tiba-tiba.. mana tidaknya.. ajk yang lain semuanya dah jalankan tugas masing2.. tiba-tiba program terpaksa dibatalkan.. korang bukan tak tahu prosedur UTM.. once tukar nama program bermakna kelulusan juga batal.. wang peruntukan tu tak boleh dipindah milik ke program2 yang lain.


Demi mengenangkan perit jerih kengkawan semua.. orang cuba buat kertas kerja baru.. nama program kali ini pula adalah EGNA.. Orang ingat lagi macam mana keadaan waktu kita buat meeting untuk cipta nama baru utk program kita.. klaka.. macam2 nama yang keluar.. dan akhirnya timbullah EGNA.. sebenarnya orang terharu sangat bila semua ajk still bg sokongan yang penuh pada org untuk teruskan program tu.. Tapi.. rupa2nya.. panas yang kita sangka hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari.. Hancur luluh hati orang waktu tu bila SBK bagi tahu melalui Tn Ismadi kata EGNA terpaksa dibatalkan.. Sekali lagi? Ya Allah!! Hanya tuhan yang tahu apa yang orang rasa waktu tu.. Yang betul2 buat orang rasa tercabar adalah program tu cuma beberapa hari lagi.. Mujur juga cara Tn Ismadi bagi tau orang tu dengan penuh diplomasi.. Atleast, orang masih leh terima lagi berita yang disampaikan..


Ingat lagi betapa keruhnya wajah2 ajk bila diberitahu akan berita itu.. Ingat lagi betapa marahnya kita semua pada waktu itu.. Ingat lagi macam mana bihah marah pada SBK.. ”Orang dah agak dah.. Memang muka penipu!!”.. Klaka pulak rasa.. dalam marah2.. ayat bihah buat semua orang ketawa..

Malam itu SBK kita minta untuk kita berbincang untuk putuskan samada untuk batalkan atau teruskan.. Katanya lagi.. TNC tak suka chinease food.. tp suka BBQ kambing.. huh!.. yelah tu.. malam tu jugak kita semua naikkan banner program.. wahaha.. mesti ternganga SBK pg esoknya tengok banner program dh naik.. mesti dia marah giller coz kita wat tak tau je dengan arahan dia malam td.. hehe.. ingat lagi bagaimana bersatunya kita semua pada waktu tu.. bangga rasanya waktu tu coz ada kawan2 macam korang semua.. bangga beb!!

Lepas tu orang lagi macam mana Ndia dengan Gie bersusah payah pergi berjumpa dengan TNC untuk jemput dia datang EGNA.. huhu.. pecah satu rahsia waktu tu.. rupa2nya SBK tak tau chinease food tu apa.. wahaha.. tambah plak bila TNC ckp dia suka je chinease food n tak mintak pun BBQ kambing.. wahuwahuwa.. kantoi SBK kat situ.. huhu.. korang ingat lagi waktu tu?

Entah..

Entah rindu atau sayang
Rasa yang berdenyut di hatiku
Satu-satu bayangan memori kita bersama
kembali berlayar di ruangan mata

Bila dekat ku rasa jauh
Namun bila berjauhan
Detik-detik layaran bersama
Sentiasa dekat di hati

Entah benci atau rindu
Bagaikan sentiasa bertamu
Pahit tapi manis
Pelbagai rasa berkocak di hati

Hati.. tabahkanlah hati
Memori suatu kenangan
Pandanglah ke hadapan
Kerna.. yang pergi sudah pasti tiada kembali..

Tak tahu..

Dalam melalui suatu jalan yang lurus aku masih tidak mampu untuk membuat keputusan sama ada untuk terus melangkah dan menghadapi segala yang bakal mendatang atau aku terpaksa mengundur kembali ke belakang.

Melalui semula jalan-jalan yang pernah aku lalui bukan suatu janji bahawa jalan-jalan dan liku-liku itu telah aku ketahui.  Malah rasa pedih, perit itu pasti kembali lagi.

Orang yang jatuh buat kali kedua ditempat yang sama merupakan orang yang tidak pernah belajar dari kesalahan.  Namun, bagaimana sekiranya jatuh ditempat yang lain namun rasanya tetap sama?

Perit rasanya bila keinginan hati untuk terus lupa namun ia sering menjelma.  Di dalam jaga di dalam lena.  Mengapa ia hadir kembali tatkala aku ingin bangkit semula dari kenangan lama dan ingin membina kembali sisa-sisa semangat yang ada.

Telah ku halau masih menjelma.  Ingin kucapai tak sampai pula.  Ada ibarat tiada.  Bila menghilang kerap kau datang.

Kenapa ini semua harus berlaku.  Apakah ini semua?!!

Resah di hati ini

Apa maksud resah ini semua?
Mengapa hati ini berdenyut sayu?
Ibarat ia merindui sesuatu
Apakah resah ini?

Apakah rasa hatiku ini?
Rasa seperti ingin mendakap sesuatu..
Tapi ia telah pergi
Jauh pergi meninggalkan diri ini..

Mengapakah rasa ini hadir?
Pada dia yang telah lama hilang
Pada dia yang telah lama ku buang
Dan tiba-tiba rasa ini hadir?

Mengapa perlu hadir?
Tatkala aku sendiri tidak pernah terfikir
Dia? Owh.. Suatu yang mustahil
Namun itulah yang kurasa tika ini

Oh tuhan ku
Apakah makna rasa ini?
Aku sudah tidak mengerti
Apakah ini jawapan doaku selama ini?

Ah!! Lelaki...

Kau lelaki ego
Sukar untuk diajak bicara
Salah tona bicaranya
Berantakanlah jawabnya

Kau lelaki besar kepala
Andai kau dijunjung
Pasti kau gembira
Namun pantang ditegur
Kau bakal menggila

Kononnya kau lelaki hebat
Bergaya dan berwibawa di mata semua
Tapi kau jangan lupa
Siapa disebalik kejayaanmu itu??!!

Kau lelaki hati batu
Perintah itu saja yang kau tahu
Kini baru kau rasa perasaanku
Bila segalanya berbalik padamu
Biar padan mukamu...

Gurindam Teman Terindah

Hadirnya dikatu suatu anugerah
Bumi yang kelam terasa cerah
Tanah yang kontang dirasa basah
Namun dikau hadiah terindah
::
Wahai teman usahlah gundah
Aku disini tegak memegah
Menjunjung dikau sehingga sudah
Tiada maknanya berpaling tadah
::
Setiaku ini ibarat Hang Tuah
Tetap disini walau difitnah
Hilangnya  dikau sesalku tak sudah
Kerna dikau temanku terindah
::

Lea tujukan gurindam ini khas teman yang sangat Lea rindui..
SMKD - Aini Idayu, Suzana, Famiyah
SMKTS - Nurul Aini, Faiz, Linda, Nuar
KMPP - Su, Lin, Pak Cik, Huda, Tini, Fazilah, Amir
UTM~~
JKM K11 - Nadia, Bhah, Tn Ilias, Suzi, Ahli2 JKM K11 yang disayangi
Geng-Underground JKM - walau apa pun yang brlaku kenangan terindah kita akan tetap ku kenang selamanya.. 
Geng-geng Fa-C - Program Jatidiri KMPP 2007, KMJ 2008
SHR - Dzul, Aisyah
Rummet - Afifah, Rabieah
JWPD - semua yang terlibat.. "keterlibatan korang semua memberikan bekas dihati"
Palapes UTM Batch-16
"buat insan yang sentiasa dihati walau apa pun yang terjadi.. huhu"
temanku yang tersayaang...



Tuesday, October 14, 2008

Kisah dari seorang kawan.. Part 1

Kawan, ingat tak macam mana dulu masa kita baru-baru kenal? Waktu tu orang pun tak tau siapa korang semua. Orang memang nak sangat join JKM. Ingat lagi azam orang waktu mula-mula jejakkan kaki kat UTM. Orang cakap orang akan jadi macam kakak-kakak and abang-abang yang sambut orang ke UTM. Ingat tak first met kita? Hehe.. Sebenarnya kan.. Orang pun tak ingat macam mana first met kita. Apa yang orang ingat hanyalah waktu mesyuarat tertutup MT. Best sangat waktu tu kan? Waktu tu Nadia, Bihah, Tn. Ilias, Tn Chong, orang and sape lagi ye waktu tu? Tn Hasrul and Ainun ada tak? Entah orang pun dah tak ingat. Tapi memang best. Tak sangka walaupun kita semua belum pernah bekerjasama tapi hari kita memang sangat meriah. Kita semua bincang fasal motto, visi and misi JKM kita waktu tu. Hehe.. tp bukan motto yang tak sesuai untuk perempuan naik eh? Waktu tu macam-macam yang kita borak. Seolah-olah kita semua dah lama kenal. Jarak umur dan pangkat semuanya tak diambil kira. How sweet. Orang rindu sangat saat tu tau.

Kawan.. Korang ingat tak kita selalu cakap yang Tuan Ilias tu pembawa virus. Hehe.. Macam-macam virus ada. Trojen, Brontox, entah segala macam virus lagi semuanya ada. Geng MT plak tempat penternakan and penyebaran virus. Ingat lagi, setiap kali kita meeting, benda ni akan disebut. Ingat lagi bila Nadia cakap Tn Nik suruh buang virus tu dengan campakkan Tn Ilias dalam mesin basuh. Letak sabun and letak Clorox. Meriah je kan waktu tu? Korang tau tak? Orang rindu sangat waktu-waktu kita meriah macam tu. Korang rindu tak?

Cinta Sejati

Cinta sejati sepatutnya menjadikan diri kita kuat
Jika cinta itu melemahkan kita
Maka ianya bukanlah cinta yang sejati

Cinta yang sejati sepatutnya membuatkan diri kita hebat
Jika ia hanya mengundang duka
Maka ia menjadi duri dalam diri

Oleh itu lepaskanlah ia..
Nyahkan racun dalam diri
Kerna ia pasti tiada berbaloi
Untuk ditangisi dan diratapi

Percayalah kasih tuhan-Mu
Ada insan yang lebih layak untukmu
Hanya untuk dirimu
Yang mencintai dan menyayangi dirimu sepenuh hati
Tanpa dipinta dan rela hati..
Nanti kau akan mengerti..

Izinku Bersandar

Hulurkan tanganmu..
Pinjamkan aku bahumu..
Agar dapat aku bersandar..
Dan bergantung harap padamu..
Sokonglah aku..
Pautlah aku..
Agar aku tidak rapuh..
Agar aku tidak lumpuh..
Pautlah harapan dan diriku..
Sesungguhnya tanpamu..
Mana mungkin aku seteguh ini..
Mungkin aku terus kan rebah..
Sokonglah aku..
Pautlah aku..
Hanya kerna.. kau yang mengerti..

Keindahan Masa Lalu


Sungguh indah detik masa itu..

Tika itu..

Bunyi rintik-rintik hujan

Yang menghentam atap rumahku

Kilat diluar sabung-menyabung

Sungguh masyuk membelah bumi

Sungguh indah kenangan lalu

Tika aku di bawah ketiak ibu

Ibu memujuk dan mententeramkan aku

Indahnya waktu itu..

Tika ayah mengucupi dahiku

Mengucapkan kata-kata azimat

Buat bekalanku..

Aku terpesona...

Aku terkesima…

Payung kasih mereka menaungi hidupku

Kini..

Aku mendapat kasih baru

Suatu sinar yang muncul di pagi itu

Aku mabuk kasihnya

Aku lalai dengan cintanya

Kasih lalu sudah tiada nilainya

Kasih ibu..

Sayang ayah..

Hilang entah ke mana

Tercampak begitu saja..

Namun.. Keindahan cintaku tak kekal lama..

Pudar dijurus hujan

Lekang diterik mentari

Kasihnya itu palsu semata

Aku tersadung lalu tersungkur

Dan berdarah…

Tiba-tiba..

Sepasang tangan dihulur

Menarikku bangun

Dan mengubati lukaku..

Saat itu aku terkenang kembali..

Kucupan ayah..

Pelukan ibu..

Kata-kata semangat..

Segala-galanya..

Keindahahan masa lalu…